• Hadiah-Hadiah


    Kategori 1: Penulisan Skrip

    Subkategori 1.1: Bahasa Melayu Subkategori 1.2: Bahasa Inggeri Subkategori 1.3: Bahasa Mandarin
    RM10,000 RM10,000 RM10,000


    Kategori 2: Penciptaan Kandungan Video
    Subkategori 2.1: Bahasa Melayu Subkategori 2.2: Bahasa Inggeris Subkategori 2.3: Bahasa Mandarin
    RM12,500 RM12,500 RM12,500

    Hadiah yang diterima oleh setiap pemenang akan terdiri daripada unit pelaburan (bersamaan dengan jumlah masing-masing yang dinyatakan dalam jadual di atas) dalam i Capital Asia-Pacific ex-Japan BTB Fund ("ICAPBF"), yang dibayar oleh Pihak Penganjur. Pelaburan dalam ICAPBF akan diuruskan oleh Capital Dynamics (Australia) Ltd bagi pihak setiap pemenang. Disediakan dan diuruskan oleh Capital Dynamics (Australia) Ltd, ICAPBF ialah dana pendapatan tetap yang melabur dalam sekuriti pembayaran dividen dan bon pendapatan tetap di seluruh rantau Asia Pasifik ex-Jepun dengan anggaran pulangan sasaran tahunan sebanyak 7% berdasarkan usaha terbaik ( sila ambil perhatian bahawa pulangan sasaran sama sekali tidak dijamin dan tidak boleh dipercayai). Sebagai pengurus dana global dengan berlatar belakangkan dari Malaysia, kami ingin membantu pemenang mengembangkan wang hadiah mereka melalui pelaburan yang betul, yang akan memberi manfaat kepada mereka untuk jangka panjang. Untuk maklumat lanjut tentang ICAPBF, sila rujuk www.capitaldynamics.com.au/i-capital-asia-pacific-ex-japan-btb-fund-detail-of-the-fund/

    Tertakluk kepada budi bicara penuh Pihak Penganjur, para pemenang dalam Penulisan Skrip Kategori 1 mungkin diberikan sumber oleh Pihak Penganjur untuk menghasilkan video berdasarkan skrip kemenangan mereka, yang mana akan dipaparkan pada saluran media sosial rasmi dan laman web Pihak Penganjur. Skrip dan video pemenang yang dihasilkan boleh dijenamakan dengan logo Pihak Penganjur mengikut budi bicara Pihak Penganjur.