PERATURAN 1: KELAYAKAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua orang dari seluruh dunia tidak termasuk "Orang AS" (Peserta). Orang AS ialah warganegara AS atau pemastautin AS yang mempunyai kewajipan untuk membayar cukai kepada pihak berkuasa cukai AS atas pendapatan mereka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Penganjur.
Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh penyerahan penyertaan mereka.
Peserta boleh mengambil bahagian sama ada secara individu atau secara berpasukan (maksimum lima ahli). Setiap individu atau pasukan hanya boleh menghantar satu penyertaan dan setiap individu hanya boleh mengambil bahagian dalam satu pasukan.
Kakitangan Capital Dynamics dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak untuk penyertaan.
Sebarang pendaftaran yang lewat, tidak lengkap, tidak sah, tidak dapat difahami dan/atau tersilap dihantar akan dibatalkan kelayakannya dan selepas itu tidak boleh merayu.
PERATURAN 2: PENDAFTARAN
Tempoh pendaftaran Pertandingan akan bermula dari 29 Januari 2022 jam 12.00 tengahari. (UTC +8 Waktu Malaysia).
Penyertaan adalah percuma.
Peserta dikehendaki mengisi dan menyerahkan Borang Pendaftaran sebelum 30 April 2022 jam 11.59 malam. (UTC +8 Waktu Malaysia).
Jika menyertai sebagai satu pasukan, hanya satu Borang Pendaftaran diperlukan.
Borang pendaftaran untuk Pertandingan boleh diperolehi daripada butang Pendaftaran.
Peserta yang telah berjaya mendaftar untuk Pertandingan akan menerima e-mel pengesahan daripada Pihak Penganjur yang mengesahkan pendaftaran mereka untuk Pertandingan.
PERATURAN 3: PENYERTAAN